Laman utama
Latar belakang
Objektif
Pertandingan Penyelidikan
Tema
Tarikh penting
Yuran
Penginapan
Borang penyertaan seminar
Brosur
Hubungi kami
English Version










 

 

 


Kemaskini:
12/3/09 12:23 PM

Latar Belakang

Seminar Pendidikan Serantau merupakan sebuah forum dwitahunan kerjasama
akademik antara Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan
Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Riau (UNRI). Seminar ini
merupakan hasil Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani
oleh Naib Canselor UKM iaitu Prof. Dato’ Dr. Sham Sani dan Rektor UNRI Prof. Dr.
Mohammad Diah pada tanggal 26 Februari 1997. Seminar Pendidikan Serantau
Pertama telah diadakan pada 15-16 Mei 2003 di Pekanbaru, Riau manakala Seminar
Pendidikan Serantau Kedua telah diadakan pada 4-5 Mac 2005 di UKM Bangi di
mana telah dilancarkan buku hasil suntingan bersama yang bertajuk “Pendidikan di
Malaysia & Indonesia: Satu Pengalaman di Riau” oleh Y.B. Datuk Dr. Adham Baba
Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Seminar Pendidikan
Serantau Ke-3 bertemakan “Reformasi Pembelajaran Ke Arah Pembinaan Insan
Yang Cerdas dan Kompetitif” telah diadakan pada 2-3 Mei 2007 di Pekanbaru, Riau
bersempena dengan peringatan Hari Pendidikan Nasional Republik Indonesia (2 Mei
2007). Kini, Seminar Pendidikan Serantau Ke-4 akan di adakan di Bangi, Selangor
Darul Ehsan pada tahun 2009 dengan bertemakan “Penyelidikan Pendidikan Ke
Arah Keunggulan Universiti Penyelidikan”.